Tuesday, 4 June 2013

Ke Tepi Tanpa Apa-apa

Hatiku tidak sebersih bidadari aku sedari
Tanpa pembimbing aku akan lemas
Tanpa yang ku sayangi aku akan alpa
Tanpa yang ku percayai aku akan hilang
Aku mahu ubah dunia

Jadi sang pujangga
Fikir itu fikir ini
Tanpa bunyi aku sunyi
Tanpa kata aku keliru
Tanpa akal aku siapa

Siapa mahu dengar
Apa aku kata semuanya helah
Apa aku kata semuanya bobek
Apa aku kata hanya fantasi imaginasi
Kata-kata aku kitar semula

Mengungkap perasaan yang tersimpan
Dikunci sebagai langkah
Keselamatan jiwa yang kusut
Sebelum terlepas ke alam realiti
Tiada identiti tercari-cari
Diambil sang pendusta
Seperti tidak bersalah atau berasa hiba


Hari ini,perginya seorang seniman
tidak dilupakan.
Al-fatihah untuk Allahyarham S Shamsuddin
(Semalam aku tonton Bujang Lapok)


No comments:

Post a Comment